Hello.
Tadi aku cari past year exam paper untuk subject subject yang akan aku amik semester depan, dalam aku mencarik paper Introduction to Statistics, QMT216 tu, aku tertekan MAT020. Pastu aku tergelak jap tengok tajuk dia.
MATHEMATICS FOR LIVING
Course apa eh amik subject ni? Tak ke, basic Maths dah belajar time sekolah menengah? Hehe. Tak kisah la apa pun kan? Asalkan belajar. Dah tua makin bengap kot. Capacity dah kurang sebab tengok maksiat, tengok porn banyak. HAHAH.
Apa lah yang diorg belajar dalam Mathematics for Living ni kan. And sapa yang amik subject ni.
dan SEBENARNYA,
Tajuk atas tu berkenaan dengan apa yang aku jumpa hari ni sedang sedang aku meng-browse portal iStudent:
Aku jadi jakun jap.
Whatt? Budak Part 3 boleh direct to degree? Tapi…
So far, aku melepasi syarat syarat dia ni. Aku kena pulun habis habis lah semester 3 kalau nak direct to degree kan? Tapi, apsal aku jakun jakun tengok mende ni? Tah tah, untuk budak Part 3 semester ni je. Time aku dah takde. Tu yang aku tak suka tu.
Lagi satu, kalau kantoi time buat degree tu (orang Melayu memang macam ni, belum apa apa lagi dah fikir gagal. bukan nak try dulu), korang akan dapat diploma jugak TAPI depends on subject yang korang dah lepas time degree tu. That means, subject wajib universiti and subject wajib program kena lepas dulu la kot kan, dan Senat setuju nak bagi diploma kat ko. Haha.
Tapi, sape lagi laju actually?
Normal: DIPLOMA - Part 1 > Part 6 + DEGREE – Part 3 > Part 6 = 10 semesters
Direct to Degree: DIPLOMA - Part 1 > Part 3 + DEGREE – Part 1 (kalaulah dia start daripada Part 1. Mustahil nak start daripada Part 3.) > Part 6 = 9 semesters.
HEH? Jimat satu semester je? Cuba kira yang ni pulak.
Direct to Degree: DIPLOMA - Part 1 > Part 3 + DEGREE – Part 3 (Selalu start Part 3 terus kan?) > Part 6 = 7 semesters.
YEAAAAHHHH!!! JIMAT 3 SEMESTER! haha.
Tapi, at least, takde ah macam matrikulasi, takde jaminan apa. Hmm. Sounds convincing mende ni. Tapi, takleh excited sangat gak. Haha. Tetibe kot time aku nanti, takde. Kecewa pulak dah.
Dan tapi lagi, kalau direct to degree ni, sure kita tinggalkan kawan kawan kat Segamat tu kan. Kawan kawan yang kantoi paper 2, 3 tu. Nanti kang time kita pergi sambung degree tu, stock touching nak mampos dengan kita. Tu pun tak best jugak.
Akan tetapi sekali lagi, cikgu aku cakap, bab bab macam ni. Kita tak boleh tunggu kawan. Kalau tak, yang rugi kita jugak.
“Time and tide waits for no man,”
Sounds so true.
Aiyaaa…
Takpe, kalau bukan kerana ni pun, aku memang kena struggle gila gila jugak. Nak kena maintain CGPA atas 3.00. Sem ni telah berjaya dijatuhkan dengan dukacitanya sehingga GPA aku bawah 3 iaitu 2.82, CGPA atas 3 lagi, alhamdulillah, 3.04. HAHAH. Cukup cukup makan weh!
Jadi, aku kena berusaha lebih! yeah!
*tetibe, lepak kat benteng ibu, uptown, sampai pukul 11 lebih baru nak balik kolej, STUDY HAPE! hahah*
bye for now!
bye!
p/s: permohonan kolej aku ni masih sedang diproses dari zaman firaun. bodoh betul. Acok, Toru, Selambi dah dapat kot.
